Rupa Kia EV5 2024 didedahkan - bakal dilancarkan di China suku keempat 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kia akhirnya mendedahkan rupa rasmi bagi versi produksi Kia EV5 2024 bertempat di acara Chengdu Motor Show 2023, di mana ia bakal dilancarkan di pasaran China menjelang hujung tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tampil hampir sama seperti rupa konsepnya yang diperlihatkan di acara Chinese EV Day pada Mac lepas, Kia EV5 hadir sebagai SUV saiz pertengahan untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup keluarga moden.

Menariknya juga, ia hadir dengan bahasa rekaan yang sama seperti abang besarnya, EV9 dengan rekaan yang berkotak dan bersegi dengan garis badan tajam.

 

2

 

Bahagian dalaman juga banyak mengekalkan rekaan yang sama seperti model konsep, di mana ia menampilkan rupa yang lebih segar dan futuristik.

Buat masa ini, spesifikasi teknikalnya masih belum didedahkan, di mana perinciannya akan diberitahu semasa acara Kia EV Day pada Oktober ini.

Namun berdasarkan maklumat yang bocor dari laman web China baru-baru ini, Kia EV5 bakal dikuasakan dengan motor elektrik tunggal yang diperoleh daripada Vitesco Automotive Electronics.

 

3

 

Tetapan motor tunggal itu akan dipasang di roda hadapan (FWD), di mana ia mampu menghasilkan 215 hp dan 310 Nm, dengan kelajuan tertinggi sehingga 185 kmj.

Satu lagi maklumat menarik, Kia EV5 itu juga bakal menggunakan pek bateri Blade dari BYD, namun data mengenai jarak gerak masih belum didedahkan.

Menurut sumber terbaharu dari ketua perancangan produk global Kia, Hyungsik Park, EV5 bakal menggunakan platform baharu yang direka untuk EV mampu milik, berbanding platform E-GMP pada EV6 dan EV9.

 

4

 

Oleh itu, EV5 bakal dilengkapi sistem pengecasan 400V dan berbanding sistem pengecasan 800V pada platform E-GMP yang digunakan pada EV6 dan EV9.

Bagi memastikan ia lebih mampu milik, Kia bakal menawarkan beberapa pilihan bagi pek bateri mengikut pasaran, iaitu litium besi fosfat (LFP) dan nikel mangan kobalt (NCM).

Pastinya amat menarik untuk melihat kehadirannya ke pasaran Malaysia bagi merancakkan lagi persaingan dalam segmen EV mampu milik, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada suku keempat tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Kia EV5 2024 dijangka akan membuat kemunculan rasmi dalam masa terdekat pada acara Chengdu Motor…