RUNTUHAN KUARI: DUA MANGSA DIPERCAYAI TERTIMBUS SEDALAM 12 METER

oleh Hamimah Hamid|
DUA pekerja kuari yang tertimbus dalam kejadian runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands pagi semalam dipercayai berada berhampiran satu sama lain dan tertimbus sedalam sembilan hingga 12 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua menggunakan dua jengkaut bagi membuka laluan ke lokasi pemandu jengkaut, Kheow Loo Siew Soon, 49 dan pembantunya Itam Bah Lasoh, 43 dipercayai berada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Operasi untuk mencari mangsa yang terlibat masih kita teruskan, dari segi strategi sekarang ini kita menggunakan dua jengkaut bagi membuka satu laluan ke lokasi yang kita jangka  jengkaut tersebut terbenam.

“Proses sekarang ini sedang dilakukan melibatkan dua buah jengkaut dan sehingga kini ialah masih dalam pelaksanaan lebih kurang dalam 25 meter. Walau macam mana pun kita akan mengkaji juga dari segi struktur bukit-bukit yang di kiri dan kanan sekiranya terdapat kemerbahayaan,” katanya.

tuan azmi

Menurut Azmi, khidmat unit dron mengesan haba turut diguna bagi membantu mencari kedua-dua mangsa yang merupakan pemandu jengkaut dan pembantunya.

Selain itu katanya, Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut meletakkan sensor pergerakan struktur bagi memberi amaran berbunyi sekiranya berlaku gerakan dari bukit berhampiran.

Azmi berkata, SAR itu dijangka akan mengambil masa bergantung kepada keadaan cuaca dan risiko berlaku runtuhan.

Katanya, operasi dilaksanakan setakat jam 6 atau 7 petang manakala pemantauan dilakukan pada waktu malam demi keselamatan pasukan.

Sementara itu, Wak Uda Bahkim isteri kepada seorang dari mangsa tertimbus tetap berharap suaminya, Itam ditemukan dalam keadaan selamat.

isteri mangsa

“Harapan akak macam semalam lah, memang nak dia selamat, nak dia panjang umur, nak jodoh kami panjang, nak dia selamat walaupun kat atas sana dia tertimbus, tersangkut, cedera ke, parah ke, kakak memang nak dia selamat nak dia panjang umur,” katanya.

Ibu berusia 41 tahun itu mempunyai empat anak berusia antara dua hingga 15 tahun itu berkata, anaknya memahami keadaan yang menimpa bapa mereka dan menerima takdir yang ditentukan.