Runner bawa ketum dalam SUV ditahan

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG ‘runner’ ditahan ketika cuba membawa 36 plastik daun ketum seberat 360 kilogram dari Kedah Ke Seremban, Negeri Sembilan pagi semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.15 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Peronda Lebuhraya Bandar Bahru-Changkat Jering ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner di Kilometer 212.1 Lebuhraya Utara Arah Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, ketika pemeriksaan ke atas SUV terbabit polis menjumpai 18 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun ketum di bahagian tempat duduk belakang pemandu dan 18 bungkus lagi dijumpai di bahagian bonet.

“Kenderaan terbabit ditahan kerana didapati berada dalam keadaan mencurigakan selain cermin kereta yang terlalu gelap. Apabila ditahan dan diperiksa didapati terdapat bungkusan ketum di dalam plastik hitam disimpan dalam SUV terbabit.

Ketum yg diikat sepeket 1kg

“Siasatan ke atas suspek berusia 40 tahun dan berasal dari Kedah itu mendapati dia dalam perjalanan untuk menghantar bekalan daun ketum terbabit ke Seremban,” katanya.

Menurut ACP Osman, suspek seorang duda mempunyai seornag anak mengakui menerima upah RM2,000 untuk untuk menghantar daum ketum yang dianggarkan bernilai RM7,200.

Katanya, suspek memaklumkan itu adalah penghantarah pertama yang dibuatnya dan pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek direman empat hari bermula 15 sehingga 18 April untuk siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.