Run Rusty Run bantu kumpul dana Rusty Factory ke AMD Jerman 

oleh Penyumbang Rencana 2|
Bagi pereka cipta motosikal buatan sendiri (builder), kejuaraan di AMD World Championship of Custom Bike Building di Cologne, Jerman sangat menjadi idaman. 

Selepas kejayaan anak Malaysia, Omar Jumiran mengharumkan nama negara di pertandingan tersebut dua tahun lalu, seorang lagi builder akan mengikut jejaknya untuk bertanding. 
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
rusty run


Namun, misi anak muda terbabit, Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory agak terbantut ekoran kekangan dana. 

Bagi mencapai cita-cita tersebut, Rusty Factory nekad berusaha mencari dana dan hari ini telah menganjurkan Run Rusty Run. 

Larian santai dengan tujuan membantu membawa motosikal White Angel ke pertandingan tersebut berjaya menarik 600 penyertaan. 

 

 

Bermula di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, larian sejauh lima kilometer itu bermula pukul 7.45 pagi dan berakhir kira-kira pukul 9 pagi. 

Semoga Misi Anak Malaysia Ke Jerman ini sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara.


* Oleh Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar