Rumah terbuka CNY Volkswagen di seluruh negara 16 Februari ini!

oleh Mohamad Hanif|

Luangkan masa anda pada hujung minggu ini kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) ingin mengajak anda untuk makan besar di kesemua pusat pengedarnya.

Rumah terbuka bersempena Tahun Baru Cina itu akan berlangsung pada 16 Februari, Sabtu ini bermula dari 11 pagi sehingga 5 petang. 

Selain daripada makanan, acara Yee Sang dan pelbagai aktiviti mini yang dikhaskan untuk keluarga, pengunjung juga berpeluang untuk meramsi penjimatan CNY sehingga RM20,000!
 


Bagi para pemilik Volkswagen, usah lepaskan peluang untuk menerima pemeriksaan bateri secara percuma dan tawaran diskaun 20% sekiranya penukaran bateri dilakukan, bermula dari RM365 bergantung kepada model kenderaan.

Selain daripada itu, dengan harga serendah RM184 sahaja, pemilik Volkswagen boleh menikmati promosi tayar Continental yang disekalikan dengan kos pemasangan, pengimbangan dan penjajaran. 

Promosi berakhir 28 Februari ini. 

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, 2,000 tempat parkir disediakan di PSP khusus untuk memudahkan orang ramai meletakkan…
Berita Domestik
Anda juga berpeluang mendekati model terbaharu 2020 Passat 2.0TSI Elegance yang baharu sahaja…
Berita Domestik
  Baru-baru ini, Kumpulan Naza telah mengadakan rumah terbuka Hari Raya untuk tetamu kehormat,…