Rumah pelumba Cub Prix musnah terbakar

oleh Mohamad Hanif|
RUMAH keluarga pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran hangus dalam kebakaran di Kampung Paya Balai Besar, Dungun, hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam kebakaran 11.40 pagi itu, rumah papan terbabit musnah sepenuhnya dalam tempoh 30 minit apabila api marak dengan pantas akibat angin kencang.

Bagaimanapun, kepantasan 13 anggota Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun dan Paka berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan.

Ibu Ahmad Afif, Zaiton Ramli, 46, berkata, ketika kejadian dia bersama suaminya, Amran Ngah, 52, tiada di rumah kerana bekerja.

“Saya tukang masak di sekolah, manakala suami yang bekerja sebagai mekanik pergi ke Gebeng untuk membaiki kenderaan.

“Saya terima panggilan daripada jiran memaklumkan rumah terbakar sebelum bergegas pulang.

“Namun, kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila gagal menyelamatkan semua harta benda kerana api marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan tiga motosikal dan dua kereta pelanggan yang perlu dibaiki turut musnah terbakar.

“Tiga anak ketika itu di sekolah dan Ahmad Afif pula dalam perjalanan ke Tangkak, Johor untuk menghadapi perlumbaan Cub Prix, Jumaat ini.

“Saya sudah maklum pada Ahmad Afif semua barangan miliknya seperti pakaian perlumbaan, topi keledar dan sebagainya musnah dijilat api.

“Dia kini dalam perjalanan pulang ke Dungun,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Mohd Aidil Khairim Abd Wahab berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya 1.30 petang.

Katanya, pihaknya berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan.

“Kebakaran menyebabkan rumah berkenaan musnah sepenuhnya.

“Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, polis menerima maklumat…
Berita Global
Unit hartanah yang terletak di 22 Dungloe Avenue, Flat Bush, Auckland itu mempunyai kemudahan…