'Rumah Berhantu Pandulalu' selama 17 minit, adakah anda cukup berani?

oleh SALINA JALIL|
Kaum Cina menamakan bulan ini "bulan hantu lapar" atau Hungry Ghost Festival yang telah bermula dari 19 Ogos lalu iaitu bulan ke-tujuh menurut kalendar cina.

Menurut kepercayaan mereka pada bulan ini ada banyak hantu dan roh yang tidak tenang yang berkeliaran di luar sana pada waktu malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada bulan hantu lapar ini, banyak pantang larang yang perlu diikuti bagi mengelakan kecelakaan bagi diri anda atau keluarga anda dari dirasuk oleh roh yang tidak tenang ini. 


Tetapi berlainan pula di Jepun, kerana mereka mencari keseronokan yang berbeza!


Sebuah syarikat Jepun telah muncul dengan rumah berhantu pandulalu pertama di dunia!

 

Konsepnya mudah sahaja, pengunjung terperangkap di dalam kereta dan mereka boleh menjerit sepuas hati tanpa bimbang dijangkiti penyakit COVID-19 dari titisan air liur.

 

 

Sebelum ini, syarikat tersebut telah mendirikan 'rumah berhantu' untuk pengalaman merasai dan menikmati perasaan seram tetapi dengan penularan pandemik COVID-19, setiap taman tema dan aktiviti secara berkumpulan dibatalkan di negara tersebut. 

 

Syarikat ini mencari idea bagaimana memberikan keseronokan yang sama atau lebih dari 'rumah berhantu', dan mereka membina inovatif terbaru ini - "rumah berhantu pandulalu"
 

 

Pergembaraan Rumah Berhantu Pandulalu

Lokasinya adalah di sebuah garaj parkir terpencil di sebuah bangunan di Tokyo, anda terperangkap di dalam kereta, dengan hantu berdarah di sekitar anda.

Rumah berhantu pandulalu ini akan memberi pengunjung pengalaman deria 360 darjah dan anda tidak dapat bergerak ke mana-mana! 


Menurut Cable News Network (CNN), pengunjung boleh memilih samada menggunakan kereta sendiri atau menggunakan kenderaan yang disediakan. Lesen memandu tidak diperlukan kerana, anda terperangkap dan tidak bergerak!


Pengalaman bermula setelah pengunjung mematikan enjin kenderaan. Kemudian, penutup garaj ditutup dengan bunyi yang menyeramkan dan anda berada dalam keadaan gelap sepenuhnya.


Hantu dan zombi akan mendekati anda berserta bunyi-bunyian seram dari sistem pembesar suara, anda pasti menjerit sekuat hati atau menutup mata sepenuhnya! Pengalaman ini dikatakan lebih menakutkan daripada rumah berhantu biasa, kerana di sini anda tiada tempat untuk lari.


Tidak cukup dengan itu, hantu-hantu tersebut akan mencuci kereta anda!

 

 

Perkhidmatan cuci kereta ini disediakan untuk membersihkan darah palsu yang 'terhasil' dari hantu-hantu tersebut. Ia juga berfungsi untuk membersihkan virus atau jangkitan kuman yang berpotensi dari aktiviti seram ini.


Percaya atau tidak tetapi buat masa ini terdapat senarai menunggu lebih daripada 1,000 orang yang ingin mencuba pengalaman seram ini! 

 

Apa yang pasti, sekiranya anda mempunyai penyakit seperti lemah jantung, aktiviti seram ini sememangnya bukan untuk anda!

 

Sekiranya rumah berhantu pandulalu ini ada di sini, adakah anda berani mencubanya?

 

seram