Rugi RM6 juta setahun, KTMB tutup operasi Ekspres Wau

oleh SALINA JALIL|
Kerugian sebanyak RM6 juta setahun memaksa syarikat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) menutup perkhidmatan Expres Wau yang merupakan salah satu pengangkutan ‘penting’ dalam kalangan penduduk di khususnya di kawasan luar bandar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, Datuk Azami Mohd. Nor semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Selasa.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok itu berkata, penutupan berikutan syarikat pengendali perkhidmatan tidak dapat menanggung kos operasi yang tinggi.

 

Menurutnya, selain itu, laluan tidak bersesuaian dengan situasi semasa turut menjadi salah satu faktor kepada penutupan operasi ini.

 

“Hal ini kerana KTMB turut menyediakan perkhidmatan tren lain melalui Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas.

 

“Laluan ETS ini boleh menghubungkan laluan ke pantai timur Semenanjung,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Gaal, Mohd Rodzi Jaafar.

 

 

 

– UTUSAN