"Rugi RM51,000 beli kereta terpakai seminggu sudah rosak, tiada waranti"

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang ibu tunggal mengalami kerugian lebih RM51,000 apabila kereta yang baru dibeli mengalami kerosakan selepas satu minggu digunakan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok Bro Wong Used Car, wanita berkenaan mendakwa dia membeli kenderaan tersebut daripada seorang penjual kenderaan terpakai.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Menurutnya, apabila wanita itu melaporkan mengenai keadaan kereta berkenaan, penasihat jualan tersebut enggan bertanggungjawab kerana kenderaan itu tidak mempunyai waranti.

Buntu dengan keadaan tersebut, wanita berkenaan menghubungi seorang lelaki dikenali Bro Wong yang mahir dalam proses pembelian kereta terpakai.

Bro Wong mendapati wanita berkenaan juga terpedaya berkaitan jumlah bayaran pinjaman.

Berdasarkan sekeping kertas yang didakwa 'form calculation' jumlah pinjaman, penjual itu turut menulis peratus faedah dalam keadaan mengelirukan iaitu angka empat tetapi jika diteliti semula ia adalah sembilan.

Hasil pengiraan semula mendapati perbezaan bayaran bulanan mencecah RM280 daripada harga asal yang sepatutnya.

Pada masa sama, perkongsian tersebut turut mendedahkan kenderaan tersebut merupakan keluaran 2013 bukan 2014 seperti yang didakwa pembekal kereta terpakai berkenaan.

Dalam pada itu, Bro Wong berkenaan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian kenderaan terpakai.

"Beli kereta macam mana pun, kena minta waranti. Paling kurang pun satu hari tetapi perlu ada perjanjian bertulis bukan guna mulut sahaja.

"Tiada benda yang keluar dari kedai tanpa waranti kecuali kalau barang itu murah.

"Video ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada anda supaya tidak ada lagi mangsa lain pada masa akan datang," ujarnya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Berikut antara 5 jenis scam paling popular dalam group Facebook kereta yang kau patut awas:  
Berita Domestik
Menurut pengadu, seorang lelaki dikenali Lim Voi Heng berusia 48 tahun yang menawarkan untuk…
Berita Domestik
Menceritakan kejadian malang menimpanya, mangsa berkata, dia berhasrat membeli kereta dan memuat…