Rugi RM323,506 gara-gara panggang daging babi pada ekzos Lamborghini

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemilik Lamborghini di China menjadi terkenal sekelip mata selepas melakukan cubaan ekstrem iaitu memanggang daging babi pada ekzos kenderaan mewahnya itu.


Oddity Central melaporkan akibatnya pemuda itu menanggung kerugian kira-kira 500,000 yuan (kira-kira RM323,506) selepas keretanya itu mengalami kerosakan berpunca daripada kebocoran dan letupan tangki air.




Pemuda terbabit dan beberapa rakannya dikatakan berkumpul serta melakukan cubaan itu di sebuah sebuah garaj bawah tanah di Changsha, dekat wilayah Hunan
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemilik kereta mewah itu dan rakannya sepakat menggunakan ekzos kereta bagi memanggang daging berkenaan.

 

Pemuda itu menekan pedal kereta sekuat hati sementara rakannya duduk di belakang kereta bagi membakar daging pada ekzos.

 

Tekanan pedal yang melampau menjadikan kenderaan menjadi panas sebelum tangki air meletup dan asap putih keluar dari kenderaan berkenaan.

 

Penyejuk kereta dikatakan mula bocor dari bawah kenderaan, menyebabkan kumpulan lelaki berkenaan terpaksa beredar dari situ bagi menantikan asap itu hilang.

 

Meskipun begitu, pemilik kenderaan itu dan rakannya tidak kelihatan kecewa, sebaliknya masih boleh tersenyum dan ketawa ketika bersama-sama menolak kereta ke trak tunda.

 

Video itu menjadi tular di China minggu lalu dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai.

 

Mereka tidak senang dengan tindakan pemuda terbabit kerana dengan sengaja merosakkan kereta mewah.

 

Segelintir netizen turut melabelkan tindakan pemuda itu sebagai perbuatan tidak sihat ditunjukkan oleh kebanyakan generasi kedua yang dilahirkan dalam keluarga berada.

 

 

Video di bawah ini

 

 

 

 

Harian Metro