RugGear terbukti ekstrem dan sesuai untuk kegunaan aktiviti lasak!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengedar telefon pintar tahan lasak RugGear di Malaysia, Compunation Technology Sdn. Bhd. (Compunation Technology) baru-baru ini telah mempelawa pengamal media tempatan untuk menyertai sesi pratonton tahap kelasakan tiga model terbaharunya.

Tiga model baharu dimaksudkan ialah RG160, RG310 dan RG730.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di laluan pendakian Kota Damansara Community Forest (KDCF), sesi tersebut dijalankan bertujuan memperlihatkan kelebihan dimiliki produk keluaran syarikat berkenaan.

Ketika ujian berlangsung, lebih 20 orang pengamal media yang hadir dibawa meredah laluan sepanjang 12 kilometer (km) bermula dari titik pemeriksaan pertama di Seksyen 9 Harmoni menuju hingga ke Denai 3 Puteri (titik pemeriksaan terakhir).

Pengarah Bahagian M2B (Mobile-to-Business), Jennifer Liew berkata, pasaran telekomunikasi domestik ketika ini kekurangan penawaran produk jenis tahan lasak, kalis air dan anti-gegaran untuk kegunaan aktiviti ekstrem.

"Justeru, kami (Compunation Technology) tampil memperkenalkan produk seumpamanya di negara ini. Ini merupakan masa yang paling sesuai untuk bekerjasama dengan jenama berpengaruh itu.

"“Menerusi RugGear, kami akan cuba mengubah landskap penawaran telefon bimbit pintar, memperkasakan solusi serta tahap kecekapan terbaik untuk pengguna di negara ini," katanya.

Tambah Liew, pihaknya menjangkakan pasaran telekomunikasi tempatan meningkat sebanyak 25 peratus tahun ini dengan jumlah keseluruhan kira-kira 22.2 juta unit.

Terdahulu, ujian tersebut menyaksikan tiga model terbabit terbukti kalis air sekali pun direndam di dalam air dengan kedalaman dua meter selama setengah jam.

Tidak terhad di situ sahaja, kesemua telefon berkenaan boleh beroperasi dalam cuaca ekstrem sekitar -20 hingga 60 darjah celcius serta tahan gegaran walau pun digilis tayar basikal.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengeluar kenderaan premium ini yang juga merupakan peneraju dalam perkhidmatan pelanggan bakal…
Tekno Careta
Harus diketahui, bateri Explore berkapasiti 4,000 mAH itu mampu bertahan untuk tempoh dua hari.…
Berita Domestik
Fungsi telefon pintar untuk penggemar automotif memang penting. Dari mendapat berita terkini,…