Ruang kabin Geely Preface diperlihatkan - sedan paling mewah dari Geely

oleh Mohamad Hanif|
Kurang dua minggu selepas gambar produksi rasmi pertama Geely Preface diperlihatkan, syarikat automotif yang kini memiliki Proton itu menerbitkan pula previu ruang kabin sedan baharu itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Disifatkan sebagai sedan paling mewah Geely pernah hasilkan pada ketika ini, ruang dalaman Geely Preface memang nampak lebih elegan dengan rekaan papan pemuka yang menggunakan bahan bergred tinggi (termasuk kulit).

 


Di bahagian tengah, ia mendapat skrin paparan bersaiz 12.3 inci dengan sistem operasi GKUI Smart EcoSystem diikuti dengan paparan kluster instrumen digital di sebalik roda stereng.

Konsol tengah juga sedikit tinggi posisinya dengan kehadiran ruang tambahan (kemungkinan besar untuk mengecas peranti pintar), tuil gear yang diinspirasikan daripada kawalan jet pejuang, manakala sistem kawalan iklim pula diletakkan di bawah corong pendingin hawa tengah, serta menawarkan sistem penapisan udara dan pewangi udara.

 


Sistem audio pula adalah daripada Bose, manakala tempat duduk pula dibaluti dengan kulit bergred tinggi.

Geely Preface dibangunkan berdasarkan platform Common Modular Architecture (CMA) yang turut sama digunakan pada model-model seperti Geely FY11, Volvo XC40 dan kereta Lynk & Co.

Ia bakal hadir dengan pelbagai jenis opsyen enjin, termasuklah nadi 2.0 liter turbo yang mampu menjana 190 PS dan 300 Nm.

 


Difahamkan Geely Preface akan dilancarkan secara rasmi di China pada suku keempat tahun ini sebelum dipasarkan ke seluruh dunia, di mana produksinya pula akan mengambil tempat di kilang Hangzhou Bay.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di peringkat global, Geely juga mahu menunjukkan taringnya yang tersendiri, dan beberapa hari yang…
Berita Global
Kini, Geely Preface sudah pun menghampiri fasa produksi, dan berdasarkan beberapa keping gambar…