Ruang kabin berasap, pesawat MASwings berpatah balik ke Miri

oleh SALINA JALIL|
Seramai 29 penumpang pesawat MASwings dalam penerbangan dari Miri ke Labuan menempuh detik cemas apabila pesawat berkenaan berpatah balik ke Miri, hari ini.


Kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu berlaku selepas ada yang mendakwa asap keluar dari kabin pesawat ATR 72-500 itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada jam 4.32 petang.

 

Berikutan itu, katanya tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikejarkan ke Lapangan Terbang Miri.

 

"Bomba menerima panggilan memaklumkan terdapat asap keluar dari kabin pesawat yang ketika itu baru berlepas ke Labuan.

 

"Pesawat itu yang berlepas pada jam 4.05 petang kemudian berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 4.24 petang," katanya.

 

Ling Hii berkata, sebaik mendarat, pihak pengurusan Lapangan Terbang Miri mengesahkan tiada kebakaran berlaku pada pesawat berkenaan.

 

"Bagaimanapun, penerbangan dibatalkan dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya.

 

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan lanjut oleh Bomba Lapangan Terbang dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

 

 

 

sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG), ia adalah sebagai satu tambahan kepada 20,000 tempat duduk…
Berita Domestik
    "Sebagai 'Nadi Borneo', kami komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan…
Informasi
Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, berkata juruterbang, pembantu juruterbang bersama dua…