RS2 Coupe - jelmaan moden jentera rali Audi Quattro, 40 unit sahaja dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Audi RS2 secara asasnya merupakan jentera berprestasi tinggi pertama hadir dari divisyen Audi RS, dan dibina dengan kerjasama daripada Porsche (pada ketika itu).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Audi RS2 didatangkan dengan nadi 2.2 liter inlive-five turbo yang menghasilkan 315 PS dan 410 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan dan memecut sepantas 4.8 saat dari 0-100 km/j.

Namun pada ketika itu, Audi RS2 hanya hadir dalam satu bentuk badan sahaja - wagon/station wagon/estate - dan setelah 25 tahun berlalu, akhirnya RS2 dijelmakan kembali menjadi sebuah bentuk coupe yang sangat klasik penampilannya.

 


Ia bukanlah hasil kerja daripada Audi, namun ia merupakan hasil daripada syarikat Prior Design dengan kerjasama Jean Pierre Kraemer (JP Performance) dan Dr. Rouven Mohr 'Dr. Crazy'.

Rekaan ini mengambil masa kira-kira empat bulan dan menggunakan asas daripada model Audi RS2 Avant, serta Audi 80 B3 yang sangat popular di Eropah sekitar tahun 1990-an.

Beberapa elemen juga turut diinspirasikan daripada model Audi RS yang terkini, seperti penambahan kerja badan pada arca roda belakang dan juga hadapan, menjadikan model coupe ini tampak lebih lebar, dan lebih garang.

 


Rekaan bumper belakang turut diintegrasikan komponen diffuser yang menampilkan empat sirip, dan tip ekzos pada bahagian kiri dan kanan.

Tiada sebarang informasi berkenaan trenkuasa yang digunakan, namun menurut Prior Design hanya 40 unit sahaja yang akan dihasilkan.

Tidak sabar rasanya untuk melihat hasil kerja rendering Prior Design ini menjadi realiti, dan tidak salah untuk penulis katakan, ia merupakan jelmaan semula jentera rali Audi yang pernah menguasai Group B WRC suatu ketika dahulu.