RS Watanabe umum rim pisang bersaiz 18 inci - harga dari RM2,608 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar rim RS Watanabe baru-baru ini mengumumkan rim ikonik lapan jejari yang lebih dikenali sebagai rim pisang itu boleh didapati dalam saiz baharu - 18 inci!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Saiz lebar rim tersebut boleh didapati bermula dari 7.0J sehingga 10.5J, dengan jarak offset standard +45 atau jarak yang boleh ditentukan sendiri oleh pembeli, namun binaan rim tersebut terhad kepada 5 lubang lug sahaja.

Saiz PCD standard pula adalah 114.3 namun pembeli juga boleh mendapatkan saiz yang berbeza bermula dari 98 hingga 120.65.
 

RS

Menurut laman web rasmi RS Watanabe, mereka pada ketika ini sudah membuka pra-tempahan untuk rim bersaiz 7.0J terlebih dahulu di mana kumpulan pertama rim 18 inci ini akan mula dihantar pada Januari 2022.

Berkemungkinan besar bilangan yang dihasilkan agak terhad, memandangkan RS Watanabe akan mula membuka pra-tempahan baharu untuk rim 8.0J selepas saiz 7.0J telah siap dibina.

Harga jualan bermula dari ¥69,000 (RM2,608) tidak termasuk kos pengubahsuaian seperti

  • offset positif - tambahan sebanyak ¥2,500 (RM94.51)
  • offset negatif - tambahan sebanyak ¥6,000 (RM226.82)
  • offset khas - tambahan sebanyak ¥10,000 (RM378.04)
  • PCD khas - tambahan sebanyak ¥2500 (RM94.51)
  • warna khas - tambahan sebanyak ¥3,000 (RM113.41)
     

Sumber: RS Watanabe

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti biasa, berbondong-bondong syarikat penala dan barangan aftermarket yang mula menawarkan…