RRJ Capital naikkan tawaran beli PLUS, usul diskaun tol ikut harga kereta

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun Khazanah tidak berminat untuk menjual syarikat pengendali lebuhraya terbesar di Malaysia PLUS, firma pelaburan Hong Kong tetap mahu memilikinya dengan menaikkan harga tawaran kepada RM3.5 billion berbanding RM3 billion sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif RRJ Capital, Richard Ong berkata, cadangan tawaran yang telah ditambah baik itu turut mencadangkan kerajaan tidak perlu membayar PLUS sebanyak RM2 billion sehingga 2023. 

Beliau juga turut mencadangkan pembentukan usaha sama (JV) 50-50 antara firma pelaburan itu dengan dana persaraan nasional seperti KWSP, Lembaga Tabung Haji, PNB dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Meneruri cadangan JV ini, ia membolehkan kerajaan untuk terus mengekalkan kepentingan mereka dan Bumiputera di dalam PLUS sebanyak 50 peratus. 

"Dari segi kadar pembayaran tol, kami mencadangkan pengurangan 30 peratus kepada kereta yang berharga RM50,000 ke bawah, 20 peratus untuk kereta berharga di antara RM50,001-RM100,000.

"Diskaun 10 peratus kepada kereta bernilai RM100,001-RM150,000 dan bagi kereta bernilai lebih RM150,000, kadar tol dikekalkan. Kami juga ingin mencadangkan supaya kadar tol untuk kereta mewah dinaikkan kepada satu kadar yang akan ditetapkan kelak.

"Bagi pemandu dari isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), mereka akan menerima pengurangan tol dalam jumlah yang besar dan pada kadar yang segera membabitkan nilai lebih RM1 bilion setahun" katanya pada wawancara bersama kumpulan akhbar New Straits Times Press (Malaysia) Bhd di sini, baru-baru ini.
 


Sesi wawancara itu turut disertai Pengarah RRJ, Rizal Ishak.

Dalam pada itu, RRJ Capital juga bercadang untuk membawa masuk teknologi moden seperti sistem EZPASS bagi menggantikan peranan plaza tol. 

Sistem yang lebih canggih itu menggunakan bacaan pada nombor pendaftaran kereta, dan tidak memerlukan kereta berhenti sekaligus mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Menurut Rizal, "Kami juga mahu mencadangkan supaya laluan ekspress khas untuk kereta yang membawa tiga atau empat penumpang pada waktu puncak, secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kereta pada masa akan datang. 

Mengulas lebih lanjut, harga kereta baharu akan dijadikan sebagai penanda aras bagi menentukan kadar diskaun tol untuk pengguna lebuh raya PLUS. 

"Sebagai contoh, jika anda memiliki sebuah kereta Proton berharga RM40,000 dan dibeli pada tahun 2015, anda layak menikmati diskaun 30 peratus," katanya. 

Berikut merupakan cadangan pengurangan harga tol mengikut harga jualan kereta:

RM50,000 ke bawah: 30 peratus
RM50,001 - RM100,000: 20 peratus
RM100,001 - RM150,000: 10 peratus
Kereta mewah: 0 peratus

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…