R&R Tapah Dinobatkan Tandas Terbaik 2025

oleh Qalif Latif|
R&R Tapah Arah Utara dan R&R Tapah Arah Selatan sekali lagi membuktikan reputasi sebagai antara kawasan hentian paling terjaga di negara apabila kedua-duanya dipilih sebagai tiga finalis bagi anugerah Toilet of the Year 2025. Majlis penganugerahan berlangsung di The Westin Kuala Lumpur pada 19 November 2025.

Pengiktirafan Untuk Fasiliti Bertaraf Tinggi

Dalam majlis tersebut, R&R Tapah Arah Selatan diumumkan sebagai pemenang Tandas Terbaik 2025. Pengiktirafan ini hadir bersama trofi, sijil dan hadiah wang tunai bernilai RM20,000. Ia turut menjadi simbol kualiti penyelenggaraan tinggi di kawasan Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah PLUS.

Penyampaian Anugerah

Anugerah disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming. Turut hadir mewakili PLUS ialah Ketua Pegawai Operasi Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Bahagian Penyelenggaraan dan Projek Puan Hajah Norbayati Binti Haji Manap, Pengurus Wilayah Tengah Encik Hot Bin Hamzah, Ketua Penyelenggaraan Rutin Sivii Encik Amir Shahid Bin Adnan dan Pengurus Seksyen C1C2 Encik Ahmad Khairil Ahmad Wadzir.

R&R Tapah

Komitmen PLUS Untuk Pengguna Lebuhraya

PLUS Malaysia menegaskan komitmen untuk terus menyediakan kemudahan awam yang selesa, bersih dan berkualiti untuk semua pengguna. Dengan pengiktirafan ini, PLUS bertekad untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan supaya lebih selamat dan memuaskan kepada jutaan pengguna lebuh raya seluruh negara.

R&R Tapah


Sumber: FB PLUS Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Tiada aduan diterima daripada mana-mana pihak berhubung kes itu. Kalau wanita tersebut boleh hadir…
Berita Domestik
Pihak PLUS ingin menjelaskan bahawa R&R Tapah di kedua-dua arah adalah selamat untuk dikunjungi…