R&R Seremban (Arah Selatan) kini ditutup untuk kerja naik taraf, bermula esok (13 Oktober)

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) mengumumkan penutupan sementara Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan selama 14 bulan, bermula esok (13 Oktober 2021).

Penutupan tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja naik taraf kemudahan dan outlet makanan sedia ada, namun stesen minyak masih lagi beroperasi seperti biasa.
 

PLUS


PLUS juga akan menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta dan trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya.

Bagi mereka yang mahu berhenti seketika ketika dalam perjalanan arah Selatan, kemudahan R&R yang lain masih lagi tersedia seperti di R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan.
 

PLUS


Maklumat lanjut berkenaan keadaan trafik boleh didapati menerusi platform media sosial PLUS di Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, YouTube, laman web www.plus.com.my atau menerusi aplikasi PLUS.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian itu dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak jam 6.30 petang. Pihak PLUS memaklumkan…
Berita Domestik
Katanya, lelaki dipercayai pemandu treler didapati memarkir kenderaan beratnya di lorong kecemasan…
Berita Domestik
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Mohd Shahril Razali, berkata pihaknya…