R&R PLUS mengalu-alukan kunjungan pelanggan lebuh raya

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan pelanggan melakukan perjalanan di lebuh raya berikutan keputusan Kerajaan kembali membenarkan perjalanan rentas negeri ke zon hijau bermula 7 Disember lalu, selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.



Pelanggan lebuh raya yang bercadang untuk menikmati cuti hujung minggu atau pulang ke kampung dinasihatkan untuk berhenti rehat dan mendapatkan keperluan sekurang-kurangnya setiap dua (2) jam apabila memandu bagi mengurangkan keletihan, yang berpotensi menyumbang kepada microsleep, iaitu antara punca kepada insiden jalan raya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kawasan rehat dan rawat (R&R) adalah lokasi yang disediakan kepada pelanggan lebuh raya berhenti mendapatkan rehat dan menyegarkan badan dalam suasana yang bersih selamat, terutama ketika musim hujan.

 

R&R juga menyediakan kemudahan yang bersih dan selesa untuk pelanggan menikmati pelbagai juadah makanan atau menggunakan kemudahan awam seperti surau dan tandas.

 

Terdapat pilihan bagi pelanggan yang menuju ke utara untuk berhenti rehat di 12 lokasi R&R dan 21 hentian sebelah antaranya Restoran Jejantas Sungai Buloh, R&R Rawang, Tapah, Sungai Perak, Gunung Semanggol dan Gurun atau Hentian Sebelah Simpang Pulai dan Bukit Gantang, manakala bagi pelanggan yang menuju ke Selatan terdapat 12 lokasi R&R dan 24 hentian pilihan untuk berhenti rehat antaranya R&R Dengkil, Seremban, Air Keroh, Restoran Jejantas Ayer Keroh, Pagoh, Machap dan Gelang Patah serta Hentian Sebelah Serdang atau Nilai.

 

 

“Kami menjangka akan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya menjelang cuti hujung minggu yang akan datang, bermula dengan cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor pada Jumaat ini, perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2021. 


Berbanding dengan tempoh semasa PKPB dilaksanakan baharu-baharu ini, jumlah trafik harian adalah sekitar satu juta kenderaan sehari dan dijangka meningkat di antara 40 peratus hingga 50 peratus. 


Kami berharap pelanggan akan berkunjung ke R&R, sekaligus menyokong rakan niaga dan membeli barangan tempatan,” kata Christine Liew, Ketua Pegawai Komersial PLUS.

 

“Untuk memastikan keselamatan semua pihak, kami memohon kerjasama pelanggan untuk mematuhi Standard Operasi Prosidur keselamatan dengan memakai pelitup muka, mendaftar melalui Aplikasi MySejahtera bagi memudahkan proses pengesanan kontak, menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengamalkan penjarakan fizikal satu-meter apabila beratur untuk pembelian makanan atau ketika menggunakan kemudahan di R&R,” ujar Christine.

 

Aspek kebersihan turut merupakan keutamaan kami. Sebelum wabak Covid-19 melanda, kesemua R&R dan hentian sebelah PLUS menjalani rutin pembersihan secara berjadual.

 

 

Kami telah meningkatkan kekerapan aktiviti pembersihan termasuk melaksanakan sanitasi dan disinfeksi, sekiranya perlu apabila wabak Covid-19 melanda negara. 


“Kami mengalu-alukan pelanggan lebuh raya supaya dapat singgah di mana-mana R&R yang disediakan di sepanjang lebuh raya. Dalam masa yang sama, 600 rakan-rakan niaga kami di R&R bersedia menyediakan pelbagai juadah istimewa yang boleh dinikmati ketika berhenti rehat di R&R. 


Sementara itu, bagi meraikan 12 Disember dan perayaan Hari Krismas, kami turut menawarkan promosi istimewa di beberapa R&R terpilih sepanjang bulan Disember sehingga awal Januari 2021. 


Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran istimewa ini dengan melayari laman Facebook dan Instagram PLUS Malaysia,” jelas Christine.


“Di samping itu, pelanggan juga boleh membuat pra-pesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS daripada gerai terpilih yang lebih mudah untuk dibawa pulang,” tambah Christine.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Oleh itu, PLUS menyarankan semua pengguna lebuh raya supaya dapat merancang perjalanan mereka dan…