PESB berkata, ia dijadual akan dibuka semula pada pertengahan Februari, tahun hadapan.
"Oleh demikian, gerai dan kemudahan seperti tandas dan surau tidak beroperasi sepanjang tempoh berkenaan untuk memberi laluan kepada kerja penambahbaikan itu.
"Kerja-kerja penambahbaikan ini adalah komitmen berterusan Kumpulan PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh raya kami," kata konsesi itu dalam satu kenyataan, semalam.
GCE bagaimanapun akan menyediakan kemudahan sementara di kawasan Hentian Sebelah Lagong, kira-kira 10 kilometer dari R&R Elmina arah utara.
"Ia akan dilengkapi dengan kemudahan enam tandas bergerak, surau, gerai makanan serta tempat parkir dan rehat.
"Pengawal keselamatan juga ditugaskan 24 jam sehari selain lampu limpah dipasang bagi memastikan kawasan sentiasa terang dan selamat," katanya.
Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035 serta mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik, manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari http://www.prolintas.com.my atau Facebook PROLINTAS Highways.