Royal Enfield Super Meteor 650 2023 rasmi di Malaysia - dari RM37,900

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group mengumumkan harga jualan rasmi untuk model motosikal cruiser Royal Enfield Super Meteor 650 2023 untuk pasaran tempatan, setelah memperlihatkan model tersebut buat kali pertama pada acara Art of Speed 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cruiser Super Meteor 650 boleh didapati dalam tiga varian, dengan harga jualan seperti berikut:

• Super Meteor Single (Astral) - RM37,900
• Super Meteor Dual (Interstellar) - RM38,300
• Super Meteor Tourer (Celestial) - RM39,300
 

RE


Royal Enfield memadankan enjin parallel-twin 648 cc yang mampu menghasilkan 47 PS @ 7,250 rpm dan daya kilas 52.3 Nm @ 5,650 rpm, dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Super Meteor - biarpun berkongsi enjin dengan Continental GT 650 dan Interceptor INT 650 - ia merupakan model pertama Royal Enfield yang mendapat sistem pencahayaan LED diikuti dengan fork hadapan jenis upside down (USD) bersaiz 43 mm.
 

RE


Di bahagian belakang pula didatangkan dengan penyerap hentak berkembar dengan larasan pra-muatan lima tahap.

Royal Enfield Super Meteor 650 menawarkan kapasiti tangki bahan api sebesar 15.7 liter, dengan ketinggian pelana sekitar 740 mm.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Royal Enfield Studio Store KK ini merupakan kedai eksklusif Royal Enfield yang pertama di buka di…
Model Terbaharu
Serentak dengan itu, Royal Enfield Malaysia turut membuka tempahan di mana para pembeli dijangka…