Royal Enfield Meteor 350 - hanya RM9,700 di India!

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat motosikal gaya klasik dari India, Royal Enfield telah melancarkan motosikal terbaharu  mereka, Meteor 350.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Model yang menggantikan Thunderbird 350X ini hadir dalam tiga varian, Fireball, Stellar dan Supernova dan harganya bermula dari INR 1.75 Lakh atau RM9,700.

Menggunakan kerangka J-platform, Meteor menggunakan enjin 4-lejang siri-G 349 cc dengan silinder tunggal, sejukan cecair dan minyak.

 

 

Enjin baharu ini menggunakan sistem pancitan bahan api (EFI) dan kotak gear 5-kelajuan. Ia menghasilkan 20.4 PS dan 27 Nm dan walaupun ia nampak klasik, tolok meter tradisional itu sebenarnya mempunyai sistem navigasi Tripper Pod dari Google.

Brek pula dilengkapi dengan sistem ABS depan dan belakang.

Canggih bukan? Dan harapnya ia akan turut dibawa masuk ke negara kita.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…