Royal Enfield lancar dua model baharu, Classic 350 & Meteor 350, dari RM23,500

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah pengurusan baharu Didi Automotive, Royal Enfield kini mengukuhkan kedudukan di pasaran Malaysia menerusi pembukaan kedai eksklusif yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kedai eksklusif ini juga merupakan pusat yang ke-146 yang dibuka di rantau Asia Pasifik, di mana ia bukan sahaja menawarkan barisan motosikal Royal Enfield, malah turut menjual aksesori original, serta menawarkan perkhidmatan servis dan alat ganti.

Serentak dengan itu, Didi Automotive turut mengumumkan kehadiran dua buah model motosikal baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Royal Enfield Classic 350 dan Royal Enfield Meteor 350.

Royal Enfield Classic 350

Classic 350


Classic 350 merupakan motosikal klasik yang tidak lapuk dek masa, dengan membawakan elemen yang moden.

Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 349 cc sejukan udara-minyak yang mampu menghasilkan kuasa 20.2 hp @ 6,150 rpm, serta daya kilas 27 Nm @ 4,000 rpm yang dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Royal Enfield Classic 350 menawarkan tahap tunggangan yang selesa dan seimbang di atas jalan, serta dipasangkan dengan aci pengimbang untuk mengurangkan getaran.

Royal Enfield Classic 350 ditawarkan dalam tiga varian dengan pilihan tujuh warna menerusi siri Halcyon, Dark dan juga Classic Chrome.

Harga jualan bermula dari RM23,500.

 

Royal Enfield Meteor 350

Meteor 350


Cruiser yang sangat sesuai untuk kegunaan di atas lebuh raya dan jalan bandar, Meteor 350 merupakan hasil kerjasama para jurutera dan pereka dari dua pusat teknikal di Chennai, Tamil Nadu dan Bruntingthorpe, UK.

Ia dijana dengan enjin 349 cc silinder tunggal sejukan udara-minyak yang mampu menghasilkan 20.2 hp dan 27 Nm.

Platform baharu yang turut dipasangkan dengan aci pengimbang itu memberikan tunggangan yang lancar dan meyakinkan, sementara respons pendikit bagi sistem suntikan bahan api elektronik telah dioptimasikan untuk pecutan yang lebih linear.

Meteor 350 dipasangkan dengan rim 19 inci di depan dan 17 inci di bahagian belakang, sementara brek pula terdiri daripada cakera 300 mm depan dan 270 mm di bahagian belakang, dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran.

Tiga varian ditawarkan iaitu Fireball, Stellar dan Supernova dengan harga jualan bermula dari RM24,300.

Selain itu, Royal Enfield turut mengemaskini penawaran model-model sedia ada, seperti berikut:

  • Royal Enfield Himalayan - RM29,500
  • Royal Enfield Interceptor 650 - RM29,500
  • Royal Enfield Continental GT - RM33,100

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…