Royal Enfield Hunter 350 2022 - 20.2 hp, 27 Nm, dari RM8.4k di India

oleh Mohamad Hanif|
Royal Enfield baharu sahaja melancarkan sebuah model motosikal baharu yang dinamakan sebagai Hunter 350 sebagai satu altenatif yang lebih mampu milik kepada model Classic 350 dan Meteor 350.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi kuasa, ia dijana dengan enjin sejukan udara J-series silinder tunggal bersesaran 349 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 20.2 hp @ 6,100 rpm dan daya kilas 27 Nm @ 4,000 rpm, dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 113 km/j.
 

Hunter


Kapasiti tangki bahan api sebesar 13 liter pula membolehkan Hunter 350 ini ditunggang sejauh 467 km untuk setangki penuh, dengan bacaan penggunaan bahan api 36 km untuk setiap liter.

Selain daripada rekaan kerangka baharu, Royal Enfield Hunter 350 menampilkan fork teleskopik 41 mm tanpa sebarang larasan, diikuti dengan penyerap hentak berkembar dengan larasan pra-muatan enam tahap di bahagian belakang.
 

Hunter


Ia didatangkan dengan rim bersaiz 17 inci dengan tayar saiz 110 di hadapan dan 140 di bahagian belakang.

Sistem brek pula terdiri daripada angkup dua omboh terapung dan rotor 300 mm di depan, diikuti dengan angkup omboh tunggal dan rotor bersaiz 270 mm di belakang, dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran sebagai ciri standard.
 

Hunter


Ketinggian pelana pula adalah sekitar 800 mm.

Harga jualan Royal Enfield Hunter 350 bermula dari 149,900 rupee (RM8,442), hingga 168,900 rupee (RM9,512) untuk varian yang lebih tinggi.

Sumber gambar: Bike Wale

Berita Berkenaan

Berita Global
Royal Enfield Himalayan 2024 kini merupakan sebuah motosikal adventure touring serba baharu dengan…
Berita Domestik
Royal Enfield Malaysia telah menjadi antara salah satu jenama motosikal yang bekerjasama dengan…
Gaya Hidup
Turut terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Johor Bahru, pusat 3S Royal Enfield juga…