Selepas kejayaan Himalayan 450, Guerrilla 450 hadir sebagai model dengan keseimbangan antara gaya retro dan teknologi moden yang menawarkan pengalaman tunggangan harian lebih sempurna.

Guerrilla 450 menjadi model kedua selepas Himalayan 450 yang menggunakan nadi baharu 452 cc yang dikenali sebagai Sherpa.
Ia dikuasakan enjin satu silinder 452cc sejukan cecair serba baharu, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan yang menghasilkan 40 HP pada 8,000 rpm dan 40 Nm pada 5,500 rpm.

Casis yang digunakan juga sama seperti Himalayan 450 namun dengan beberapa perubahan kecil untuk disesuaikan sebagai sebuah jentera yang lebih mudah dikendalikan secara harian.
Meningkatkan lagi ciri tunggangan, Guerrilla 450 dilengkapi sistem suspensi fork depan 43 mm jenis teleskopik dari Showa dan monoshock di belakang.

Aspek brek pula dibantu cakera brek tunggal 310 mm depan yang bersama angkup axial dua piston dan cakera brek 270 mm bersama angkup piston tunggal di belakang, lengkap dengan bantuan sistem ABS dwi-saluran.
Khusus untuk penunggang pendek, Guerrilla 450 hadir dengan ketinggian tempan duduk 780 mm sahaja.

Memastikan ianya sebagai sebuah model klasik moden, Guerrilla 450 lengkap dengan pelbagai ciri elektronik moden, antaranya paparan panel meter TFT 4 inci, 2 mod tunggangan dan ride-by-wire.