Royal Enfield Concept KX - belum sedia untuk pasaran

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Pameran Motosikal EICMA di Milan baru-baru ini menampilkan satu lagi kejutan dunia, dan kali ini dari satu jenama yang setia dengan tradisi, Royal Enfield (RE).

Model Concept KX dari RE ini sebenarnya ialah dari inspirasi model KX yang pernah dikeluarkan oleh syarikat itu pada tahun 1938.

Walaupun jauh berbeza (cuma kotak engkol nampak seperti model tahun 1938). bobber ini memang nampak menarik dan paling penting, tiada siapa sangka RE akan mengeluarkan sebuah enjin V-twin.

Menurut Pengarah Urusan Eicher Motors (pemilik jenama RE), Siddhartha Lal, model ini belum lagi direka untuk jualan tetapi gaya rekabentuk itu akan menjadi elemen penting di dalam model-model baharu RE.

Concept KX menggunakan enjin V-Twin baharu dari RE dengan sesaran 838 cc. Ia menggunakan roda aloi dengan brek cakera angkup Bybre depan belakang serta tayar jenama Taiwan, Maxxis. 

Bentuk Bobber klasik itu sangat menarik perhatian, cuma mungkin RE ketandusan idea bila sampai ke bahagian ekzos. Ekzos kembar bersegi itu seolah-olah tidak kena dengan gaya Concept KX.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Dua lagi motosikal Royal Enfield dilancarkan untuk pasaran Malaysia, iaitu Royal Enfield…
Model Terbaharu
  Classic Legends, anak syarikat Mahindra & Mahindra telah melancarkan kembali jenama klasik…
Berita Global
Menurut presiden Royal Enfield, Rudratej Singh percaya bahawa firma motosikal tersebut tidak…