Royal Enfield buka pusat 3S baharu di Utara tanah air

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Serentak dengan pelancaran bilik pameran baharunya iaitu MotorPlex Butterworth, Didi Group turut melancarkan pusat 3S Royal Enfield, yang merupakan satu lagi jenama di bawah syarikat tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak bersebelahan dengan bilik pameran MotorPlex Butterworth, pusat 3S Royal Enfield juga beralamat di 1681 G1, Jalan Perusahaan, 13600 Perai, Pulau Pinang.

 

2

 

Pembukaan cawangan Royal Enfield di Penang itu merupakan pusat 3S kedua di Malaysia, dan pusat 3S yang ke-152 di Asia Tenggara.

Pusat 3S baharu itu bakal menawarkan barisan model dari pelbagai segmen Royal Enfield untuk para pelanggan baharu di kawasan Utara terutamanya Penang, Kedah dan Perak.

 

3

 

Selain pelbagai pilihan motosikal Royal Enfield, pusat 3S itu juga akan menawarkan pelbagai aksesori untuk melengkapkan lagi rupa motosikal untuk semua modelnya.

Mereka turut menawarkan pelbagai jenis pilihan kelengkapan menunggang yang boleh dipadankan dengan pilihan motosikal pelanggan.

 

4

 

Bagi mengukuhkan lagi sasaran pelanggan di Utara, pusat 3S itu juga dilengkapi dengan tawaran pembaikan dan servis yang akan dikendalikan oleh mekanik terlatih.

Antara barisan model baharu Royal Enfield yang dijual dan dipamerkan di pusat 3S itu ialah Classic 350, Meteor 350, Interceptor 650, Continental GT 650, Himalayan serta model ikoniknya iaitu Bullet 350.

 

6

 

Pusat 3S Royal Enfield itu juga akan beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pusat 3S baharu atau barisan baharu model baharu, anda boleh layari laman web Royal Enfield Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Pelancaran Motosikal
Menariknya, pelancaran tersebut turut disertai oleh dua pelumba utama dari pasukan Aprilia Racing…