Oleh sebab itu, PETRONAS menerusi inisiatif ROVR telah memulakan operasi bagi menyalurkan bekalan bahan api ke kawasan yang terjejas untuk keperluan pengguna, jabatan penyelamat, serta petugas baris hadapan negara.
Beberapa trak pikap yang lebih kecil telah dikerahkan bagi memastikan bekalan sampai ke kawasan yang lebih terpencil.
Bermula dari 8 Januari hingga 15 Januari, trak-trak ROVR boleh didapati di dua lokasi iaitu Ibu pejabat Bomba Temerloh (11 pagi-3 petang), serta di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah (4 petang-7 petang).