Roux, Pininfarina hasilkan helmet perlumbaan, dari RM3,794-RM8,989

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penghasilan helmet Roux Helmets bekerjasama dengan firma rekaan Pininfarina untuk barisan produk helmet perlumbaan serba baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Helmet baharu itu direkayasa untuk memenuhi piawaian ketat FIA 8859/Snell SA2020, di mana ia sesuai digunakan untuk perlumbaan kokpit terbuka, GT (kokpit tertutup), serta perlumbaan Formula 4 hingga Formula 1.
 

roux


Antara ciri unik termasuklah sistem penyejukan cecair Cool-X bagi mengurangkan tekanan haba di dalam helmet, liang udara terbina, serta sistem pelepasan (release system) yang membolehkan pasukan kecemasan membuka helmet tanpa mencederakan leher pemakai.

Selain itu, helmet Roux ini juga dilengkapi dengan sistem visor untuk medan penglihatan yang lebih luas.
 

helemt


Terdapat empat jenis helmet yang ditawarkan, bermula dari helmet paling murah ($840 atau RM3,794) untuk kegunaan go-kart yang dilengkapi dengan dua visor yang disahkan FIA, kotak helmet serta meterai gasket tambahan.

Helmet GT Carbon Kevlar pula didatangkan juga dengan dua visor FIA, beg pelindung, pelapik pipi dan telinga, meterai gasket serta kotak helmet.

Ia juga mempunyai sistem tiub minuman terbina, serta sistem komunikasi yang lengkap dengan mikrofon pembatalan hingar dan pod pembesar suara.

Ciri yang sama boleh didapati pada model helmet Formula Carbon ($1,875) serta GT Carbon ($1,990 atau RM8,989).

 

Karting Helmet
GT Carbon Kevlar Helmet
Formula Carbon Helmet
GT Carbon Helmet