Rotax MAX Challenge Asia Festival 2022 9-11 Disember ini di MORAC Adventure Park, Langkawi

oleh Mohamad Hanif|
Amprex Racing Services selaku pengedar enjin kart Rotax dan penganjur Rotax MAX Challenge Malaysia mengumumkan acara Rotax MAX Challenge Asia Festival 2022 (RMCAF) yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Disember ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

RMCAF akan diadakan di MORAC Adventure Park, Langkawi, di mana lokasi itu pernah digunakan untuk penganjuran RMC Grand Finals pada tahun 2001 dan 2005.
 

RMCAF


Litar sepanjang 1,243 meter dengan 21 buah selekoh itu kini sedang dalam proses renovasi bersempena dengan acara RMCAF 2022.

Sehingga saat ini, RMCAF 2022 telah menerima 140 penyertaan dari 22 buah negara termasuklah Australia, Amerika Syarikat, China, Jepun, Perancis, Rusia, Singapura, Thailand, Taiwan dan United Kingdom.
 

RMCAF


Berikut merupakan empat pelumba Malaysia yang bakal bersaing di dalam acara RMCAF 2022:

  • Travis Teoh (Mini)
  • Katrina Ee (Junior)
  • Putera Adam (Senior)
  • Farriz Fauzy (DD2 Masters)

Maklumat lanjut berkenaan acara RCMAF 2022 atau berkenaan harga enjin dan alat ganti Rotax boleh didapati menerusi talian +6012-297 4870 atau https://wa.me/60122974870, atau laman web https://www.amprexrs.com.