Rosakkan GR Yaris selepas 10 minit pandu uji

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang bakal pelanggan telah merosakkan sebuah Toyota Yaris GR4 AWD selepas hanya sepuluh minit memandu-uji kenderaan tersebut.

Kemalangan yang berlaku di Sydney, Australia lewat minggul lepas itu menyebabkan roda aloi Enkei 18-inci dan tayar Dunlop SP Sport Maxx rosak teruk.

Turut rosak ialah side-skirt Yaris tersebut dan paling menyedihkan, sub-kerangka serta "control-arm" untuk bahagian sistem gantungan bagi roda tersebut.

 

 

Sesi pandu uji oleh pengedar Toyota itu bermula dua hari sebelum insiden itu berlaku dan hanya beberapa bakal pelanggan yang mendapat peluang untuk mencuba Yaris GR dan sesi pandu uji tidak ditemani oleh kakitangan Toyota.

Menurut Toyota Australia, mulai sekarang semua pandu uji perlu diikuti oleh seorang wakil syarikat.

Mungkin perlu bawa rotan sekali untuk BBNU yang acah-acah mahir itu.

* Laporan penuh di carexpert

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Dalam dunia automotif yang semakin rasional, kereta kecil yang fokus kepada keseronokan memandu…
Telah Diuji
S5 EV, khususnya varian Lux Long Range, bukan sekadar nak jual jarak pemanduan atau skrin besar, ia…
Telah Diuji
Di sinilah segalanya bermula, asas kepada Civic baharu, Accord seterusnya, dan mungkin satu era…