Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng berkata, kejadian berlaku ketika sebuah kereta api dalam perjalanan dari arah Halogilat menghala ke Pekan Beaufort.
Ketika kejadian di laluan landasan terdapat sebuah kenderaan berada di tengah landasan dan kereta api tidak dapat dihentikan secara mengejut lalu melanggar kereta tersebut.
Menurut laporan dari Sinar Harian, ketika kejadian guru tersebut dalam perjalanan menuju ke sekolah tempatnya mengajar namun kereta tersebut tiba-tiba rosak dan berhenti di tengah landasan.
Pemandu sempat keluar dari kereta tersebut ketika kereta api sedang menghala ke arahnya.
Kereta guru tersebut mengalami kerosakan di bahagian hud hadapan dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku