RON95 Euro 4M mula dijual Januari depan!

oleh Mohamad Hanif|
Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara Januari depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz, berkata E4M yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97, akan menggantikan standard E2 yang sedang digunakan.

Beliau berkata, pihak industri bersedia untuk melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak kini dijalankan.

Menurutnya, tidak banyak negara yang mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakannya ialah United Kingdom dan Australia.

"RON95 E4M adalah tinggi kualitinya dan tahun hadapan pengguna akan dapat menikmatinya," katanya kepada Bernama dalam temu bual.

Muez berkata, antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih.

Beliau berkata, KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.

 


Matlamat itu juga menjadi janji ke-39 “Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar” dalam manifesto Pakatan Harapan, katanya.

Muez berkata mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan sudah bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015, RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak. - BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dengan membenarkan RON95 pada harga pasaran pada Jun ini, kesannya adalah kadar inflasi…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…
Berita Domestik
"Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar malah, tidak pernah ada perbincangan mengenainya,"…