RON95 bakal jadi Euro4 pada Januari 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan bakal melaksanakan pengenalan bahan api petrol RON95 dengan penarafan Euro 4 pada 1 Januari, 2020.

Informasi yang didapati dari sumber yang boleh dipercayai berkata setakat ini, tidak ada apa-apa perubahan akan keputusan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahan api petrol RON 95 Euro 4 sepatutnya diperkenalkan pada penghujung tahun 2018, dan kemudian ditunda ke 1 Januari 2020 apabila kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kuasa.

Januari tahun lalu Menteri Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengumumkan penundaan tersebut.

"Kita tidak boleh menundanya lebih lama (dari 1 Januari 2020) kerana negara terikat dengan komitmen yang memerlukan Malaysia menyumbang kepada alam sekitar yang lebih sihat," ujarnya kepada Bernama.

Bahan api petrol RON97 sudah pun mencapai tahap piawaian Euro 4 sejak September 2015 sementara diesel Euro 5 sudah berada di pasaran sejak tahun 2014 lagi.

Untuk diesel B10, perancangan awal kerajaan ialah untuk melancarkan diesel Euro 5 untuk semua jenis diesel kepada tahap Euro 5 pada 1 September 2020.

Bahan api petrol pula akan dinaiktaraf kepada Euro 5 pada 1 September, 2025.

Kenderaan-kenderaan lama dan sekarang tidak akan mempunyai masalah dengan penggunaan bahan api baharu ini. 

Apa yang berlaku ialah ia akan menghasilkan asap yang lebih bersih sekiranya enjin itu sudah menggunakan teknologi Euro 3 ke atas.

Harga bahan api petrol RON95 Euro 4 pula akan bergantung kepada nilai pasaran bahan api global.


 

Berita Berkenaan

Informasi
Selain perlu mengeluarkan duit untuk membayar bulanan kereta atau servis mengikut tempoh, mengisi…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…