Rolls-Royce Spirit Of Innovation, pesawat elektrik terpantas di dunia, 623 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce baru-baru ini mengumumkan rekod kelajuan terpantas yang berjaya dipecahkan oleh pesawat elektrik yang digelar sebagai Spirit of Innovation.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pesawat tersebut berjaya mencatatkan kelajuan tertinggi 623 km/j, bukan sahaja kapal terbang elektrik terpantas, malah ia juga turut diiktiraf sebagai 'kenderaan elektrik' yang terpantas di dunia.
 

RR


Ia dikuasakan oleh trenkuasa elektrik yang mampu menjana 500 kuasa kuda, di mana sumber tenaga diperoleh daripada pek bateri yang terdiri daripada 6,000 sel, disifatkan sebagai tenaga yang paling padat pernah dimuatkan pada sesebuah pesawat.

Rolls-Royce melengkapkan cubaan pertama pada bulan Mac lalu, sebelum melakukan semula cubaan penerbangan selama 15 minit pada bulan September.
 

RR


Cubaan terkini yang dibuat oleh Rolls-Royce termasuklah penerbangan mendaki pada altitud 3,000 meter dalam masa 202 saat, mencapai kelajuan tertinggi 555.9 km/j sejauh 3 km, serta kelajuan tertinggi 532.1 km/j untuk penerbangan sejauh 15 km.

Ketiga-tiga data tersebut telah diserahkan kepada Federation Aeronautique Internationale (FAI) untuk pengesahan rekod rasmi, namun Rolls-Royce turut mendakwa ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 623 km/j dalam ketiga-tiga ujian tersebut.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…