Rolls-Royce Spectre selesai jalani ujian musim sejuk

oleh Mohamad Hanif|
Kereta elektrik pertama jenama ultra mewah Rolls-Royce Spectre dilaporkan sudah pun selesai menjalani ujian musim sejuk, di mana ia merangkumi 25 peratus daripada jumlah keseluruhan 2.5 juta km yang perlu ditempuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian tersebut dijalankan di fasiliti Arjeplog, Sweden kira-kira 55 km jauhnya daripada Arctic Circle dengan suhu yang mampu mencecah sehingga negatif 40 darjah.

Biarpun masih lagi memakai pelekat samaran yang hampir sama semasa pengenalan kali pertama, Rolls-Royce Spectre sudah pun mula menunjukkan butiran terperinci, seperti rekaan lampu utama terpisah, hiasan hud Spirit of Ecstasy yang direka semula, serta kehadiran unit diffuser belakang.
 

Spectre


Rolls-Royce Spectre juga merupakan model pertama sejak tahun 1926 yang didatangkan dengan rim bersaiz 23 inci.

Rekaan bentuk badan coupe ini membolehkan Spectre elektrik ini mencapai angka kadar pekali seretan serendah 0.26 sahaja.

Bukan itu sahaja, Rolls-Royce Spectre yang dibangunkan atas pelantar Architecture of Luxury ini merupakan model Rolls-Royce yang paling terhubung, dengan kira-kira 141,200 hubungan komunikasi, lebih daripada 1,000 fungsi dan 25,000 sub-fungsi yang disediakan, berbanding 51,000 hubungan komunikasi, 456 fungsi dan 647 sub-fungsi yang terdapat pada model Phantom.
 

Spectre


Disebabkan itu, Rolls-Royce Spectre memerlukan jaringan kabel sepanjang sehingga tujuh kilometer berbanding 2 km yang diperlukan pada model sedia ada, dengan 25 kali lebih banyak algoritma diperlukan untuk kawalan yang lebih terperinci terhadap sistem seperti trenkuasa dan casis.

Selain itu, rekaan dan posisi bateri juga turut menyumbang kepada pengalaman pemanduan di dalam sebuah Roll-Royce yang sebenar.
 

Spectre


Dengan mencipta saluran pendawaian di antara lantai kenderaan dan bateri, pek bateri seberat 700 kg itu kini mempunyai fungsi kedua - sebagai alat penebat bunyi!

Rolls-Royce Spectre masih lagi perlu melengkapkan hampir dua juta kilometer ujian pemanduan sebelum penghantaran pertama Super Coupe berkuasa elektrik ini dibuat kepada pelanggan pada suku keempat tahun 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…
Pelancaran
Malaysia menjadi antara negara di ASEAN yang terawal untuk menerima model EV pertama dari Rolls-…