Rolls-Royce sahkan EV pertama mereka akan dinamakan sebagai 'Silent Shadow'

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce dalam satu kenyataan terbaharu mengesahkan model kenderaan elektrik pertama mereka akan digelar sebagai Silent Shadow.

Dalam laporan Automotive News, CEO Torsen Müller-Ötvös mendedahkan nama rasmi EV pertama jenama ultra mewah itu menerusi siaran Bloomberg TV.

Nama Silent Shadow sebenarnya mengambil inspirasi daripada nama Silver Shadow yang wujud antara tahun 1965 hingga 1980, di mana nama tersebut diubah untuk disesuaikan dengan ciri yang bakal ditawarkan oleh sebuah kenderaan elektrik.

Menurut Torsten, "langkah elektrifikasi amat sesuai dengan Rolls-Royce, kerana motor elektrik diketahui menghasilkan daya kilas yang amat tinggi dan super senyap.

"Jenama Rolls-Royce bukanlah dikenali kerana menghasilkan enjin atau ekzos yang kuat bunyinya, dan ia dilihat satu manfaat yang besar buat Silent Shadow.

Tiada butiran lanjut didedahkan, namun terdapat beberapa laporan mencadangkan trenkuasa Silent Shadow bakal dikongsi daripada model BMW i7 yang bakal dilancarkan kelak.

Dalam satu slaid persembahan produk, Rolls-Royce mendedahkan sedan mewah elektrik tersebut bakal menawarkan pek bateri berkapasiti 90 kWh (jarak operasi 550 km) dan 120 kWh (jarak 700 km).

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Brabus baru-baru ini memperlihatkan model terbaru yang dinamakan sebagai Brabus 700, dan…
Berita Global
Menerusi model ini, ia membawakan kemaskini bersifat minor, di mana ia lebih tertumpu kepada…
Berita Global
Rekaan terbaharu Spirit of Ecstasy ini 'lahir' dari ukiran digital yang dihasilkan di dalam…