Rolls-Royce realisasikan rekaan pemenang Young Designer berusia 8 tahun!

oleh Mohamad Hanif|
Bak kata pepatah Melayu, kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya, dan itu yang cuba diterapkan oleh Rolls-Royce menerusi penganjuran pertandingan rekaan Young Designer Competition yang diadakan pada April lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemenang pertandingan tersebut, Megan yang berusia lapan tahun itu berjaya memenangi pihak juri dengan rekaan sebuah convertible Rolls-Royce bertemakan binatang.

Menariknya, rekaan ornament 'Spirit of Ecstacy' yang menjadi identiti dan hiasan kebanyakan kenderaan Rolls-Royce turut digantikan dengan rekaan baharu 'Spirit of Butterfly'!

Megan merupakan sebahagian daripada peserta yang menyertai pertandingan Young Designer Competition dan menurut Rolls-Royce, lebih daripada 5,000 penyertaan daripada 80 buah negara telah pun diterima ketika tarikh tutup diumumkan pada 2 Julai 2020.

Daripada lebih 5,000 penyertaan itu, Rolls-Royce telah menyenarai pendek 220 penyertaan sebelum membuat keputusan memilih pemenang pertandingan tersebut.

Pemenang pertandingan Young Designer ini bukan sahaja menerima ilustrasi kereta sebenar, malah diberikan penghormatan untuk menaiki sebuah Rolls-Royce yang dipandu khas ketika hari pertama kembali ke sekolah bersama seorang sahabat.

Pemenang tempat kedua pula akan menerima sijil yang ditandatangani sendiri oleh CEO Rolls-Royce Motor Car, Torsten Müller-Ötvös.

Manakala penyertaan bertuah pula akan dipilih untuk menerima sebuah kit kereta elektrik Greenpower selain daripada berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman duduk di dalam sebuah Rolls-Royce.

Kit kereta elektrik itu akan bertindak sebagai tiket kemasukan bagi sekolah pemenang tersebut untuk menyertai Greenpower Challenge - pertandingan sukan permotoran untuk sekolah-sekolah di seluruh Britain.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…