Rolls-Royce Phantom Tempus Collection - ibarat duduk dalam galaksi!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta-kereta Rolls-Royce yang pernah kami tampilkan sebelum ini mempunyai satu persamaan - headliner Starlight yang dibentuk seakan gugusan bintang di langit - namun kali ini tema astronomi telah diaplikasikan kepada hampir segenap sudut ruang kabin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Phantom Tempus Collection, sebuah model baharu edisi terhad yang diinspirasikan daripada "masa, fenomena astronomi dan alam semesta yang tidak terbatas."

Rolls-Royce Phantom Tempus Collection ini hanya dihasilkan dalam 20 unit sahaja, dan seperti yang dijangka, semua unit telah pun menemukan pemiliknya.

 


Sebut pasal fenomena astronomi, Phantom Tempus Collection menampilkan satu kunci penting, iaitu pulsar, atau objek cakerawala berwarna putih panas yang memancarkan sinaran elektromagnetik dalam denyutan seragam.

Fenomena ini kemudian diaplikasikan kepada headliner Starlight bespoke yang diperbuat daripada pencahayaan optik gentian sebelum diakhiri dengan sulaman khas.

Selain daripada itu, Phantom Tempus Collection ini menampilkan seni "Frozen Flow of Time" yang dipaparkan pada permukaan papan pemuka, diperbuat daripada billet aluminium yang membentuk 100 kolum berkontur yang tersendiri.

 

 

Menurut Rolls-Royce, arca ini menggambarkan tempoh 100 juta tahun putaran sesebuah bintang pulsar.

Tambahan pula, tiada sebarang jam yang terpasang pada bahagian papan pemuka, menandakan kebebasan pemilik daripada masa dan batasannya.

Konsep masa tersebut diteruskan dengan sebuah plak yang terukir dalam ruang glovebox dengan kata-kata yang dipetik daripada Albert Enstein:

“The distinction between past, present, and future is only a stubbornly persistent illusion”

Selain daripada headliner Starlight itu tadi, bahagian panel pintu juga turut menampilkan elemen pencahayaan yang melengkapi tema alam semesta di dalam ruang kabin.

 


Keseluruhan warna luaran Rolls-Royce Phantom Tempus Collection ini dilayangkan warna bespoke Kairos Blue dengan kemasan kilauan blue mica ala berlian - seakan pancaran bintang apabila disinari cahaya.

Sementara arca unik Spirit of Ecstasy pada bonet pula boleh disesuaikan dengan tarikh unik dan lokasi bergantung kepada permintaan pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…