Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang memperoleh seni bina ‘Architecture of Luxury’ baharu.

Ciri yang dikekalkan sebagai identiti Phantom adalah ia telah dipertingkatkan lagi dengan garisan mendatar baru yang digilap antara lampu nyalaan siang hari di atas Pantheon Grille yang lebih moden.

Perubahan geometri yang halus pada gril itu menjadikan Lencana Kehormatan 'RR' dan lambang ‘Spirit of Ecstasy’ lebih menonjol apabila dilihat dari hadapan.

Selain itu, lampu hadapan diserikan dengan lampu bintang bezel yang di potong laser, mewujudkan sambungan visual dengan Starlight Headliner di dalam, dan menonjolkan kehadiran Phantom pada waktu malam.

Dari profil sisi Phantom, ia masih mengekalkan ciri khas Rolls-Royce di hadapan pendek dan bahagian belakang yang panjang, jarak roda yang panjang dan C-pillar yang luas untuk memberi ruang yang lebih besar pada penduduk di belakang.
Untuk bahagian dalaman Phantom ini, ia kekal dan hampir tidak berubah kecuali stereng telah dibuat dengan lebih tebal sedikit yang menghubung kepada pemandu lebih dekat.
Phantom dan Phantom Extended mempunyai watak tersendiri, mewakili kawalan tempat duduk yang berbeza, Phantom kini lebih digemari oleh pelanggan untuk berada di tempat duduk memandu sendiri.

Manakala untuk Phantom Extended, ia lebih fokus kepada keselesaan bahagian tempat duduk belakang dengan tawaran pengalaman ketika dipandu pemandu.
Model Phantom turut memperkenalkan ‘Rolls-Royce Connected’ yang membolehkan pemilik menetapkan navigasi lokasi yang ingin dituju daripada aplikasi Whispers, Aplikasi ahli persendirian Rolls-Royce.

‘Rolls-Royce Connected' juga dapat memaparkan lokasi kenderaan, status keselamatan dan keadaan kereta semasa di Whispers serta pemilik boleh menghubungi pengedar pilihan untuk sebarang keperluan servis atau maklumat tentang kereta tersebut.

Model Phantom Series II ini didatangkan dengan enjin 6.75 liter V12 yang menghasilkan kuasa 563hp pada 5,000rpm dan 900Nm tork @ 1,750rpm.
Model ini juga mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 5.5 saat.
Harga jualan untuk model Rolls Royce Phantom Series II bermula pada harga RM2.5 Juta, Manakala untuk model Extended, bermula pada harga RM2.9 Juta, kedua-dua harga tidak termasuk cukai.