Rolls-Royce Phantom ini dirampas kerana menggunakan kulit spesis buaya terancam

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis trim dan kemasan untuk disesuaikan pada barisan model sedan, coupe dan SUV Cullinan, akan tetapi mereka juga mempunyai divisyen binaan coachbuild yang tersendiri yang membolehkan golongan kaya terus melaburkan wang menghasilkan kenderaan mewah yang unik dan lain daripada yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, unit Rolls-Royce Phantom yang satu ini nampaknya enggan untuk menggunakan kemudahan tersebut, sebaliknya berani menggunakan kulit buaya sebagai bahan utama upholsteri sedan tersebut.
 


Menurut laporan, sedan ini diimport masuk ke Itali daripada Russia, dan kini ia dirampas oleh pihak berkuasa kastam Itali setelah mendapati ia menggunakan bahan upholsteri kulit buaya yang diancam kepupusan mengikut Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Penggunaan bahan yang 'rare' bukanlah aneh untuk sesebuah Rolls-Royce, memandangkan sebelum ini kami pernah menyiarkan sebuah Rolls-Royce yang menggunakan kayu koa yang diperoleh daripada Hawaii
 


Menurut CITES, penghasilan barang daripada bahan seperti kulit buaya memerlukan kebenaran khas untuk digunakan di 160 buah negara di bawah bidang kuasanya termasuklah Itali. 

Disebabkan ini, pemilik Rolls-Royce ini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang berat selain terpaksa membuka kembali kulit buaya tersebut daripada kenderaannya.