Sorotan utama Phantom Astrum sudah semestinya pameran Sapphire Astrum Gallery yang dihasilkan khas oleh tukang perak Richard Fox yang terkenal dengan beberapa hasil kerja menarik termasuklah trofi untuk GP Abu Dhabi.
Bahagian pada panel papan pemuka itu menampilkan seni ledakan bintang berbentuk lembing perak solid yang terpancar daripada set berlian potongan khas di dalam platinum, di mana setiap satu 'lembing perak' itu digilap dan dipasang menggunakan tenaga tangan.
Ia kemudiannya diakhiri dengan hiasan batu sapphire dengan lapisan lakuer Bleu de Nuit.
Jam analog di bahagian tengah panel tersebut mempunyai hiasan keliling perak sterling dengan corak guilloché, sebelum dikemaskan dengan lapisan lakuer Sapphire Blue.
Penampilan luaran Phantom Astrum ini dilayangkan dengan warna sofistikated Milori Sapphire diikuti dengan jalur Tan yang dicat menggunakan tenaga tangan.