Rolls-Royce perkenalkan Black Badge Cullinan

oleh SALINA JALIL|
Pada tahun 2016 Rolls-Royce memperkenalkan Black Badge kepada model Wraith dan Ghost. Model Dawn pula didatangkan dengan Black Badge pada tahun 2017. Kini, keluarga Rolls-Royce ini lengkap dengan pengenalan Black Badge Cullinan, sebuah lagi Black Badge yang paling urban dan berwarna hitam legam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

SUV Cullinan yang berwarna perak, telah dilancarkan pada 2018, lantas menjadi SUV mewah yang terbaik di dunia.


Di bahagian luaran Black Badge Cullinan ini, pelanggan boleh memilih daripada 44,000 warna sampel yang sedia ada atau menghasilkan warna Bespoke peribadi. Dijangkakan bahawa ramai yang akan memilih warna Black iaitu warna ‘Signature’ untuk Black Badge. 


Apa sahaja pilihan warna, ia akan dicat dengan berbilang lapisan cat dan disapu lakuer dengan teliti dan digilap tangan sebanyak 10 kali di Ibu Pejabat Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex.


Maskot The Spirit of Ecstasy, yang banyak berubah-ubah bentuk sepanjang sejarah syarikat, dibuat dengan krom hitam yang sangat berkilat. 

 

est

 


Untuk kali pertama kemasan ini dilanjutkan ke atas plat cagakan, menghasilkan Black Badge yang bewarna hitam legam. 


Lencana “R-R” (Double R) berwarna perak di atas permukaan hitam dengan kesan timbul-tenggelam terletak di hadapan, manakala permukaan krom seperti keliling gril hadapan (front grille surround), kemasan bingkai tepi (side frame finisher), pemegang but (boot handle), trim but (boot trim), kemasan salur masuk udara bawah (lower air inlet finisher) dan paip eksos (exhaust pipe) turut digelapkan warnanya.

 

px1

 


Ciri ini ditekankan lagi adalah roda aloi buatan tersendiri bersaiz 22-inci yang baharu.

 

Di bahagian kabin pula, penyandar kepala yang dihiasi kerdipan bintang (Starlight Headliner) telah menjadi salah satu ikonografi bersejarah Rolls-Royce seperti the Spirit of Ecstasy, Gril Pantheon (Pantheon Grille) dan monogram ‘R-Berganda’ (‘Double R’ monogram). 

 

px4


Balutan kulit yang berwarna hitam, dengan 1344 cahaya optik gentian yang disulam tangan, merupakan cermin sebenar keadaan langit malam dengan lapan bintang meteor yang berkerdipan secara rawak merentasi bahagian atas tempat duduk hadapan.


Di bahagian papan permukaan, setiap dedaun karbon teknikal diberikan enam lapisan lakuer dan dibiarkan kering selama 72 jam, kemudian digilap tangan untuk menghasilkan kemasan cermin cap kempa (hallmark mirror finish) Rolls-Royce. 

 

px5


Proses ini mengambil masa sehingga 21 hari dan dianggap selesai selepas setiap kepingan diperiksa oleh tukang kraf untuk memastikan keseragaman reflektif setiap satu daripada 23 kepingan dalam kenderaan ini.


Rolls-Royce mencipta warna kulit baharu yang berani, Forge Yellow, sebagai sebahagian daripada koleksi terkini jenama ini. 
 

 

Di bahagian enjin pula adalah ia didatangkan dengan enjin V12 turbo kembar 6.75 liter melalui sistem eksos yang serba baharu, yang mengeluarkan bunyi bes (basso profundo) setiap kali pendikit ditekan.

 

Enjin V12 turbo kembar ini menjana lebih 29 kuasa kuda dan menghasilkan kuasa output sejumlah 592 kk. Gear infiniti tunggal (single infinite gear) juga diubah untuk meningkatkan penjanaan tork sebanyak 50NM, menjadikan jumlah tork keseluruhan kepada 900 Nm .   

 

7


 
Black Badge Cullinan didatangkan dengan kotak gear ZF 8-kelajuan (ZF 8-speed gear box) dan kedua-dua gandar hadapan dan belakang (front and rear steered axles) berfungsi secara kolaboratif.

 

Black Badge Cullinan kini sedia menerima tempahan pada harga RM1.8 juta (tidak termasuk cukai).


 

 

8

 

 

4

 

6

 

9

 

9

Berita Berkenaan

Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Untuk itu, pengeluar tersebut dijangka akan melancarkan sebuah model baharu pada 6 September ini…
Berita Global
Ini adalah berikutan trend pemilikan SUV yang semakin meningkat di serata dunia bagi menggantikan…