Rolls-Royce pamer hasil seni berunsur lebah madu pada bonet Phantom

oleh Mohamad Hanif|
Kereta merupakan objek beroda empat yang asalnya dicipta untuk membawa manusia dari titik A ke titik B dengan mudah dan selamat.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Namun, kereta juga boleh bertindak sebagai satu 'kanvas' bagi menunjukkan hasil seni dari tangan-tangan yang pakar.

Bersempena acara London Craft Week, Roll-Royce mengambil kesempatan untuk mempamerkan hasil seni seorang artis dari Exterior Surface Finish Centre, Allie Knight pada bonet Rolls-Royce Phantom.
 

Phantom


Hasil seni tersebut sebenarnya merujuk kepada Rolls-Royce Apiary yang menempatkan enam koloni yang terdiri daripada 300,000 ekor lebah madu English - salah satu daripada produk sampingan dan juga produk utama Rolls-Royce ketika pandemik!

Baca: Madu Rolls-Royce

Pada bonet Phantom tersebut, terdapat grafik lebah madu yang 'sedang terbang' ke arah bunga Phantom Rose - spesies English Tea Rose yang hanya boleh didapati di HQ Rolls-Royce - sementara sudut atas pula menampilkan rekaan sarang lebah berbentuk heksagon yang tersusun rapi.
 

Rolls-Royce


Rolls-Royce Phantom dengan seni yang unik ini kini dipamerkan di Rolls-Royce Motor Cars London, Berkeley Street Mayfair bermula 4 Oktober hingga Ahad ini (10 Oktober).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Spectre Lunaflair   Rolls-Royce Spectre Lunaflair diilhamkan dari fenomena halo atau cahaya…
Berita Global
Pembukaan Private Office Seoul menandakan rangkaian keempatnya di luar Goodwood, bermula di Dubai…
Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…