Rolls-Royce Koa Phantom 2021 ini guna kayu Hawaii - ambil masa lebih tiga tahun untuk siap!

oleh Mohamad Hanif|
Tiga tahun. Ya, Sudah tentu anda tertanya-tanya, sebab apakah sebuah kereta Rolls-Royce Phantom ini mengambil masa yang begitu lama untuk disiapkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kereta yang dihasilkan oleh Rolls-Royce Bespoke Collective ini dikomisyenkan oleh Jack Boyd Smith Jr. dan dibina berdasarkan model Rolls-Royce Phantom Extended dengan jarak antara roda yang lebih panjang.

Menariknya, ia menampilkan penggunaan bahan yang jarang-jarang sekali dijumpai, iaitu kayu Koa yang hanya tumbuh subur di kepulauan Hawaii, dan dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

 


Kayu Koa tersebut hanya boleh ditebang berdasarkan kondisi tumbesaran yang spesifik, dan untuk mencari sampel yang sempurna adalah disifatkan sebagai satu dalam sejuta menurut pakar kayu Rolls-Royce.

Kenapa kayu Koa tersebut dipilih?

Spesies kayu Koa tersebut dikatakan telah pun digunakan oleh keluarga Smith sejak bertahun-tahun lamanya, dan ia kini menjadi bahan utama yang digunakan di dalam kokpit Koa Phantom ini.

 


Selain daripada itu, Koa Phantom ini menampilkan upholsteri kulit Dove Grey yang menyerupai bahan sama digunakan pada kereta klasik Packard Twelve Coupe 1934 milik pelanggan tersebut, kemasan Navy Blue, dan gugusan lampu bintang yang terdiri daripada 1,420 lampu optik fiber yang dipasang pada kulit navy-blue yang menggambarkan buruj di langit Cleveland, Ohio pada tarikh kelahiran Jack Boyd Smith Jr.

Tidak cukup dengan itu, kayu Koa itu turut digunakan di dalam pembikinan bekas simpanan kustom yang digelar sebagai Koa Wood Picnic Hamper, lengkap dengan perkakasan makan, serta gelas arak yang dihiasi dengan tandatangan pemilik!

 


Akhir sekali, Koa Phantom ini dilayangkan dengan warna Packard Blue, warna yang sama digunakan pada kereta klasik pemilik dan warna tersebut berjaya diperoleh setelah pakar Rolls-Royce mengujinya di atas lebih daripada 40 panel.

Sebagai pengakhiran, bahagian luar pintu sebelah pemandu menampilkan hiasan awalan 'JBS JR' sementara hiasan di bahagian pintu penumpang pula terdapat tandatangan 'LAS', awalan untuk isteri pemilik Koa Phantom ini.