Rolls-Royce kemaskini model Phantom 2023, hadir dengan jeriji Pantheon bercahaya

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce telah mengemaskini penawaran model sedan Phantom untuk model tahun 2023 dengan memperlihatkan Phantom Series II.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi model ini, ia membawakan kemaskini bersifat minor, di mana ia lebih tertumpu kepada penampilan kosmetik selain penawaran opsyen baharu berdasarkan permintaan pelanggan.
 

Phantom II


Dari sudut luaran, Phantom Series II membawakan rekaan gril hadapan Pantheon Grille beriluminasi - sama seperti model Ghost - dengan kemasan yang digilap, diikuti dengan dua rekaan rim baharu, salah satu daripadanya diinspirasikan daripada rekaan era 20-an.

Selain itu, Rolls-Royce juga membawakan opsyen kemasan krom gelap pada komponen tertentu, serta menjadikan rekaan stereng yang sedikit tebal.

Ini kerana kebanyakan pelanggan Rolls-Royce kini lebih gemar memegang stereng sendiri daripada duduk di belakang semata-mata.
 

Phantom


Selari dengan perkembangan semasa, Rolls-Royce turut memperkenalkan ciri "Rolls-Royce Connected" yang membolehkan pemilik menghubungkan kenderaan dengan peranti pintar menerusi aplikasi Whispers, selain menentukan lokasi dan status kenderaan terus di hujung jari.

Untuk memperlihatkan betapa luasnya penawaran opsyen yang ditawarkan oleh Rolls-Royce, sebuah Phantom Platino telah dibina khas yang memperlihatkan penyesuaian yang tidak terhad.
 

Platino


Model ini tampil dengan gandingan upholsteri kulit untuk kerusi depan, sementara baris belakang pula membawakan dua jenis fabrik yang berbeza.

Tekstur yang ditampilkan pada fabrik itu tadi turut diabadikan pada bahagian Gallery serta jam seramik cetakan 3D pada bahagian papan pemuka, dan tidak ketinggalan ciri ikonik Starlight Headliner.

Tiada sebarang perubahan pada aspek mekanikal, jadi Phantom Series II ini masih lagi kekal dengan nadi bentangan V12 turbo berkembar berkapasiti 6.75 liter yang mampu menjana 563 hp dan daya kilas 900 Nm.

 

Rolls-Royce Phantom Series II Platino

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Pelancaran
Phantom generasi kelapan ini telah dipersembahkan pada 2017, ia merupakan model pertama yang…
Berita Global
  Enjin itu dipadan bersama transmisi manual empat kelajuan dan boleh dipecut melebihi 128…