Rolls-Royce janji kekal harga untuk EV pengganti Cullinan, Ghost & Phantom

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce akan memperlihatkan EV pertama mereka, Spectre pada tahun 2024, dan diikuti dengan model-model pengganti Phantom, Ghost dan Cullinan yang bakal menampilkan trenkuasa elektrik menjelang 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu temubual bersama CEO-nya, Torsten Müller-Ötvös menjelaskan kesemua model-model EV itu akan mengekalkan julat harga yang sama seperti yang ditawarkan oleh model yang terdahulu.

Menurutnya lagi, proses elektrifikasi keseluruhan model Rolls-Royce merupakan satu tugas yang besar bagi sebuah syarikat yang kecil secara relatifnya, namun pelaburan yang besar itu tidak akan diterjemahkan kepada peningkatan harga jualan.

"Kami tidak pernah memberikan harga yang didorong oleh kos pembangunan, kami meletakkan harga mengikut segmen dan penggunaan bahan," jelasnya.
 

Rolls-Royce


Jadi, para pelanggan Rolls-Royce tidak perlu risau akan kenaikan harga yang mendadak apabila jenama itu beralih kepada EV sepenuhnya nanti.

Selain itu, langkah elektrifikasi Rolls-Royce tidak hanya didorong oleh perancangan kerajaan UK yang mahu mengharamkan kenderaan berenjin menjelang 2030, akan tetapi turut didorong oleh permintaan pelanggan mereka itu sendiri.

"Kami kini melihat lebih banyak pelanggan berpotensi yang muda meminta sebuah Rolls-Royce elektrik, dan ada di antara pelanggan kami yang sudah pun memiliki sebuah EV, sama ada Tesla, BMW atau model-model lain" ujarnya lagi.
 

Rolls-Royce


Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…