Rolls-Royce Ghost Black Badge 2022 - warna paling hitam di dunia, cat sahaja seberat 45 kg!!

oleh Mohamad Hanif|
Sub-jenama Black Badge diwujudkan oleh Rolls-Royce pada tahun 2016 bagi menawarkan sesuatu yang berbeza kepada golongan pembeli yang lebih muda, dimulakan dengan sedan Ghost dan coupe Wraith.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Black Badge merangkumi satu daripada empat Rolls-Royce yang terjual, dan ia diperluaskan penawarannya pada model Ghost generasi baharu.

Rolls-Royce mendakwa cat yang digunakan pada badan Ghost Black Badge ini merupakan warna yang paling hitam pernah wujud pada kereta produksi (Vantablack VBx2 tak termasuk), dan ianya seberat 45 kg sahaja!
 

Ghost


Proses mengecat badan Ghost Black Badge ini mengambil masa sekitar lima jam, termasuk proses menggilap menggunakan tenaga tangan.

Kemasan hitam dilayangkan juga pada beberapa bahagian seperti maskot Spirit of Ecstacy, dan gril radiator.

Rolls-Royce Ghost Black Badge dipadankan dengan rim bespoke bersaiz 21 inci yang diperbuat daripada 44 lapisan gentian karbon.
 

Ghoist


Model Ghost generasi kedua dibangunkan menggunakan platform spaceframe aluminium Architecture of Luxury, sementar sistem gantungan Planar Suspension menampilkan spring udara yang lebih besar bagi mengurangkan kesan olengan badan terutama ketika melalui selekoh.

Enjin 6.75 liter bentangan V12 turbo berkembar pada Ghost yang asal telah ditala semula supaya mampu menghamburkan kuasa tambahan 29 PS, menjadikan angka output meningkat kepada 600 PS dan 900 Nm yang masuk pada putaran enjin 1,700 rpm.

Model Black Badge ini turut didatangkan dengan Low Mode, di mana masa penukaran gear disingkatkan sebanyak 50 peratus dibawah pecutan yang agresif.
 

Ghost


Ruang kabin Ghost Black Badge masih mengekalkan headliner bintang-bintang di langit, namun didatangkan dengan tambahan kemasan logo infiniti pada papan pemuka, plet ambang pintu dan beberapa bahagian pada kabin.

Anda juga boleh menyesuaikan pilihan warna untuk ruang kabin, bergantung kepada betapa tebalnya poket.

Harga jualan? Bermula dari £249,500 (RM1.42 juta) sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari sudut luaran, Ghost Black Badge ini dilayangkan dengan warna Lyrical Copper, diserikan dengan…