Rolls-Royce dedah unit kedua model binaan khas Boat Tail, harga dari RM122 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas unit pertama Boat Tail diperlihatkan kepada umum pada bulan Oktober tahun lalu, Rolls-Royce Motor Cars mempersembahkan unit kedua daripada tiga unit yang dibina khas secara keseluruhan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Boat Tail merupakan model binaan tangan sepenuhnya yang diminta oleh pelanggan khas sebagai satu penghormatan kepada sejarah penglibatan keluarganya di dalam industri mutiara, dan rekaan luaran yang sememangnya diinspirasikan daripada ibu mutiara.
 

boat tail


Seperti biasa, identiti pelanggan khas ini tidak didedahkan oleh Rolls-Royce,  namun syarikat itu mengesahkan pelanggan ini mempunyai sebuah muzium khas yang menyimpan koleksi kereta klasik dan moden.

Biarpun masih mengekalkan penggunaan platform aluminium dan enjin V12 6.75 liter turbo berkembar yang sama seperti unit Boat Tail yang pertama, namun butiran spesifikasi adalah jauh berbeza.
 

boat tail


Ini kerana bahagian luaran Boat Tail ini mempunyai kemasan yang paling kompleks pernah dihasilkan oleh Rolls-Royce, di mana ia menggunakan cat unik yang menggandingkan elemen tiram dan mawar lembut yang berkilauan, diikuti dengan kepingan besar mika putih dan gangsa yang memberikan kualiti seakan mutiara yang berubah mengikut kondisi cahaya yang berbeza.

Selain itu, Rolls-Royce membawakan warna cognac campuran khas pada bahagian sekeliling Pantheon Grille dan bonet bagi menyamakannya dengan warna dalaman, serta kemasan seakan gentian karbon (gentian teknikal dengan sulaman ros emas) yang menyamai warna Spirit of Ecstasy.
 

boat tail


Bahagian dek belakang pula masih lagi mengekalkan rekaan bukaan rama-rama, namun ia dikemaskan dengan venir Royal Walnut menampilkan jalur bersalut emas dengan kemasan berus satin, tidak seperti model Boat Tail pertama yang membawakan kemasan lapisan venir Caleidolegno liang terbuka.

Menurut Rolls-Royce, warna itu dipilih khas oleh pelanggan tersebut kerana sifat kecantikannya yang menjadi semakin matang mengikut perkembangan masa.
 

boat tail


Ruang kabin Boat Tail ini membawakan kombinasi kulit warna tiram dan cognac, diikuti dengan kemasan venir Royal Walnut dan aksen ros emas, sementara bahagian papan pemuka menempatkan beberapa unit ibu mutiara yang dipilih sendiri oleh pelanggan daripada koleksi yang disimpan.

Tiada sebarang tanda harga didedahkan oleh Rolls-Royce untuk binaan khas ini, namun sebagai perbandingan, unit pertama Boat Tail memerlukan kos sebanyak $28 juta sahaja (RM122.9 juta).

Baca: Rolls-Royce Boat Tail #1

Berita Berkenaan

Berita Global
Model one-off Boat Tail itu telah pun membuat kemunculan rasmi di peringkat global pada pertengahan…