Rolls-Royce dedah binaan ketiga Droptail, berkonsepkan Syurga Dunia

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce Arcadia Droptail.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan unit binaan khas ketiga daripada empat buah Droptail yang dibina khusus untuk pelanggan istimewa Rolls-Royce.

Nama "Arcadia" itu berasal daripada tempat dalam mitos Yunani purba yang merujuk kepada konsep "Syurga Dunia".
 

Arcadia


Untuk mengatakan rekaan luaran Arcadia ini adalah sama sahaja dengan dua model Droptail terdahulu (Amethyst & La Rose Noire) mungkin agak mustahil, kerana tidak akan ada dua model Rolls-Royce memiliki spesifikasi yang sama apabila keluar dari kilang.

Menurut Rolls-Royce, bahagian seksyen bawah panel badan gentian karbon Arcadia Droptail ini dikemaskan menggunakan cat perak khas yang dihasilkan oleh divisyen Bespoke.

Disebabkan pelanggan khas ini meminta warna putih abadi, Rolls-Royce telah melayangkan warna putih solid yang digandingkan dengan zarah aluminium dan kaca, bertujuan untuk mencipta ilusi kedalaman cat yang tidak berkesudahan.
 

rolls


Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aloi bersaiz 22 inci yang telah digilap supaya mampu menghasilkan efek seakan cermin.

Seperti binaan Droptail yang lain, sorotan utama Arcadia Droptail sudah pasti berkenaan hasil kerja kayu yang digunakan untuk menaikkan seri ruang kabin.
 

arcad


Difahamkan, bahagian kabin Arcadia ini menampilkan sehingga 233 kepingan kayu Santos Straight Grain, di mana 76 daripadanya digunakan khusus untuk dek belakang yang turut mempunyai fungsi aerodinamik.

Untuk memastikan komponen yang sensitif ini tahan di bawah pelbagai keadaan iklim dunia, satu salutan lakuer Bespoke telah dibangunkan khas oleh Rolls-Royce di mana ia telah diuji sebanyak 1,000 jam ke atas 18 jenis sampel yang berbeza.

Secara keseluruhan, proses untuk menghasilkan salutan perlindungan kepingan kayu itu sahaja sudah menelan waktu lebih daripada 8,000 jam!
 

arcadia


Rasa macam terlalu lama? Tidak, kerana Rolls-Royce Arcadia Droptail ini mempunyai satu lagi komponen istimewa yang mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan, iaitu jam yang terletak pada panel kayu papan pemuka.

Ia juga mempunyai komponen muka jam Rolls-Royce yang paling kompleks untuk dibina - terdapat sehingga 119 kepingan keluli kecil membentuk corak geometri yang perlu dipasang di mana proses itu sahaja sudah menelan tempoh lima bulan.
 

arcadia


Tiada sebarang tanda harga diumumkan, namun menurut Rolls-Royce, unit Arcadia Droptail ini telah dipersembahkan kepada pelanggan istimewa mereka dalam satu acara tertutup di Singapura.

Baca: Rolls-Royce La Rose Noire Droptail

Baca: Rolls-Royce Amethyst Droptail